Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya mahu bertanya mengenai permasalahan nama bapa saya. Abang, Kakak dan Adik saya dibinkan dan dibintikan nama ayah saya seperti di surat nikah. Tetapi sya dibintikan dgn nama lain atas kerana kesilapan bapa saya. Untuk pengetahuan bapa saya warganegara Indonesia manakala ibu warganegara Malaysia. Semasa saya dilahirkan bapa dalam proses memohon kewarganegaraan Malaysia dan telah memilih untuk menukar nama kepada Rahman (dokumen permohonan masih disimpan oleh ibu). Oleh sebab itu saya dibintikan dengan nama Rahman tetapi permohonan tersebut tidak berjaya dan semasa ibu saya mengandungkn adik saya, bapa telah meninggalkn kami dan pulang ke negara asalnya. Ini menyebabkn urusan pendaftaran kelahiran adik didaftarkn oleh keluarga ibu sendiri dan namanya bapanya sama seperti abang dan kakak dan hanya saya dibintikan dengan nama Rahman.
Saya ingin menanyakan mengenai isu wali saya. Bolehkan Abang atau adik saya menjadi wali saya?
Jawapan
Permasalahan nama bapa yang berbeza dalam dokumen pengenalan diri tidak menjadi halangan bagi saudara-saudara lelaki untuk menjadi wali pernikahan, sekiranya bapa dan datuk saudari telah meninggal dunia.
Beberapa perkara penting perlu dibuktikan iaitu :
1. Pengesahan pernikahan ibu bapa berdasarkan surat nikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri.
2. Surat akuan sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang mengesahkan adalah nama bapa saudari dan nama bapa bagi adik beradik yang lain adalah orang yang sama.