Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Hukum main tangkap patung di pasaraya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, hukum bagi permainan tersebut adalah haram kerana termasuk dalam kategori perjudian (melibatkan pertaruhan wang) sekiranya hadiah tersebut diambil daripada wang penyertaan tanpa ditaja oleh pihak ketiga. Jika permainan tersebut memerlukan deposit, ia adalah harus sekiranya deposit tersebut bukan untuk pertaruhan tetapi sebagai urusan pengurusan. Adapun, sebarang permainan yang ditawarkan oleh pihak tertentu yang mempunyai unsur-unsur seperti perjudian dan penipuan adalah haram dan hendaklah dielakkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.