BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Kedudukan kerusi bagi saya yang solat duduk. Saya boleh berdiri seperti biasa dan saya duduk bermula daripada sujud dan seterusnya. Macam mana keadaan saya kedudukan kerusi tu di mana sebenarnya.

Ada yang kata saya berdiri sama saf macam makmum lain. Kalau macam itu kerusi saya akan mengganggu makmum lain dibelakang saya. Tapi kebiasaannya waktu subuh tu ramai pun jemaah solat satu saf pun tak penuh.

Di mana kedudukan saya dan kerusi saya?

  1. Waktu subuh
  2. Selain waktu subuh

Tapi waktu saya pergi umrah, ada jemaah ni tegur jemaah umrah yang lain sebab dia punya kerusi kebelakang tak sebaris dengan saf orang yang lain.

Saya sekarang ni solat letakkan kerusi tu satu baris dengan saf jemaah yang lain. Sebab saya tengok orang ramai dan semasa saya pergi umrah pun orang letak kerusi sebaris dengan makmum yang lain. Oleh itu, saya akan berdiri depan daripada makmum yang lain. Mohon penjelasan...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Pada asalnya, berdiri bagi yang mampu adalah rukun dalam solat. Namun begitu, syarak membenarkan seseorang itu duduk sekiranya dia tidak mampu berdiri. Oleh itu, merujuk kepada permasalahan yang diajukan oleh pihak tuan berkaitan kedudukan solat berjemaah bagi orang yang menggunakan kerusi pada setiap kali menunaikan solat berjemaah di setiap waktu solat adalah seperti berikut:

1. Bahagian belakang kaki kerusi perlulah selari dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di sebelah.

2. Hendaklah kedudukan kerusi yang digunakan oleh para jemaah yang uzur atau tidak mampu berdiri itu berada di hujung saf. 

Sila rujuk buku panduan di laman ini untuk maklumat lanjut. https://mufti.penang.gov.my/index.php/2014-11-12-02-48-39/penerbitan/buku/457-buku-panduan-solat-menggunakan-kerusi-disebabkan-keuzuran-2019/file

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 73

message user image