BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Asalamualaikum tuan,saya ingin bertanya apakah wuduk saya sah dan najiskah pakaian yang saya sentuh pada jari saya ada kesan luka darah kering pada celah kuku jari saya ,saya telah pun mencuba pelbagai cara hendak menyucikan kesan darah kering atau beku pada celah kuku jari saya tetapi agak rumit dan menyakitkan dan masih ada kesan darah kering dan beku di celah jari kuku ,terus saya berwuduk dan solat walaupun ada masih ada kesan darah kering atau beku ada pada jari celah kuku jari saya ,dan saya mencuba lagi membersihkankan dengan pelbagai cara kesan kering atau beku yang ada celah kuku jari saya secara berselang atau berperingkat iaitu membersih dari pagi dan menyambung dari petang baru nampak darah kering itu mula menghilang persoalannya adakah sah wuduk dan solat saya dan juga bernajiskah pakaian saya yang telah saya sentuh menggunakan jari yang luka ada kesan darah kering dan beku padahal saya pun telah membersih jari tangan saya sebelum saya sentuh pada pakaian ,tetapi  masih ada kesan dari kering tersebut mohon perjelasan tuan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga tuan sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Darah yang keluar daripada manusia adalah dikira sebagai najis. Kenajisan darah ini juga jelas disepakati oleh empat mazhab serta perlu dihilangkan. Namun begitu, seandainya darah itu sedikit pada adat seperti tompokan kecil sama ada pada badan atau pakaian, maka ia dimaafkan dan solat yang dilakukan adalah sah.

Begitu juga hal keadaan darah yang sedikit yang sukar untuk disuci atau dibersihkan yang terdapat pada celah jari kuku, maka ia adalah dimaafkan. Sekiranya darah pada celah kuku itu telah kering, sebagaimana yang berlaku pada diri tuan maka ia dimaafkan. Sekiranya kesan darah kering itu terkena pada pakaian, kenajisan darah tu tidak berpindah ke pakaian tersebut kerana ianya kering.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 105

message user image