BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Hi tuan, seperti yang kita ketahui sekarang tentang trend affiliate marketing di tiktok. soalannye ialah

1.bolehkah kite screenshot gambar barang yang dipaparkan owner di tiktok shop, untuk di promote dan di edit menjadi video untuk menarik perhatian pelanggan untuk dibeli. atau kite perlu meminta izin kepada owner untuk screenshot gambar.

2.Contoh screenshot yang telah di edit menjadi video

https://vm.tiktok.com/ZM2JaDmR4/

 

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan; secara asasnya affiliate marketing dikenalpasti sebagai orang ketiga yang berdaftar di bawah perniagaan atau akaun media sosial tertentu seperti Tik tok bertujuan untuk mempromosi barang jualan tertentu dan mendapat keuntungan. Jika berlaku jualan hasil daripada promosi yang dilakukan, perniagaan atau platform media sosial seperti Tik tok ini akan memberi bayaran bagi pihak-pihak yang terlibat di dalamnya melalui akad jua’lah.

Namun, terdapat cara kerja promosi yang merugikan peniaga lain iaitu dengan menggunakan konten promosi video atau gambar milik orang lain untuk dikomersialkan dan mendapat keuntungan peribadi.

Secara asasnya, perbuatan memanfaatkan video atau gambar milik orang lain tanpa izin dan sewenang-wenang ini merupakan suatu tindakan ghasab yang dilarang dalam Islam kerana mengambil hasil idea orang lain yang juga merupakan hak cipta dipelihara yang tidak patut dilanggar meskipun konten tersebut diambil daripada sesama ahli affiliate atau daripada pemilik produk yang sama. Oleh itu, seorang affiliate marketing hendaklah meminta izin langsung atau mengkreditkan pemilik asal video atau gambar sebelum mempromosi sesuatu barang. Seorang affiliate marketing juga digalakkan untuk menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan konten yang sesuai dengan keperluan promosi mereka untuk mengelakkan daripada perbuatan dosa.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya. Amin

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 138

message user image