BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

1. Apakah hukum Kita buat content tiktok or dekat mana ii social media, tanpa Kita perasan Yang Kita terpakai sound Yang bukan dari pemilik asal(copyright ) 

2. Saya ingin menggunakan sound untuk content saya. Tapi saya perlu meminta izin owner dulu untuk guna sound dia, tapi saya Rasa mustahil untuk chat saya dibalas, yalah Kan dia Artis. Bolekah Kita pakai sound dia lepastu Kita credit Nama dia.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

  1. Hukum membuat content di Tiktok atau media sosial menggunakan sound yang bukan dari pemilik asal adalah dilarang kerana menggunakan hak milik orang lain tanpa izin dan menyalahi undang-undang hak cipta (copyright infringement). Adalah sebaiknya puan meminta izin terlebih dahulu dari pemilik asal supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang.
  2. Pereka video daripada Tiktok yang menggunakan muzik latar daripada artis adalah sebaiknya dikreditkan nama artis tersebut berikutan kesukaran untuk mendapat respon keizinan daripada artis tersebut.

Walaupun begitu, penggunaan muzik latar (backgound music) daripada pelbagai artis terkenal tidak menjadi masalah kerana Tiktok sudah menandatangai perjanjian dengan ramai artis dan produser muzik serata dunia untuk menggunakan lagu-lagu mereka di Tiktok. Ini bermakna Tiktok dibenarkan untuk menggunakan lagu-lagu mereka dan balasannya artis-artis tersebut dibayar royalty mengikut perjanjian yang dipersetujui. Justeru itu, pereka video boleh memilih lagu pelbagi genre daripada artis terkemuka dunia untuk digunakan content video mereka secara percuma melalui Tiktok commercial Music Library dan memberi kemudahan kepada pereka video menggunakan lagu mengikut tema, genre dan mood yang telah disediakan dalam Tiktok.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 159

message user image