Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan,
Saya mohon pandangan tentang kemusykilan berikut:
Kira-kira 25 tahun lalu saya membeli sebuah rumah, tetapi dengan pembiayaan jenis riba drpd bank MBSB. Bank itu tidak menawarkan pembiayaan Islamik pada masa itu. Pada masa itu saya masih jahil tentang hukum agama dan dosa riba, serta kurang ilmu tentang pembiayaan Islamik. Pada masa itu pembiayaan Islamik yg ada hanya drpd bank Islam dan ansuran bulanannya lebih tinggi berbanding pembiayaan konvensional. Beberapa tahun kemudian saya berkahwin dan berhenti kerja menjadi suri rumah. Oleh sebab tiada pendapatan tetap agak sukar untuk saya refinance rumah itu semula menggunakan pembiayaan islamik. Saya tidak mahu membebankan suami saya yg mempunyai komitment hutang yg tinggi.
Namun, kira-kira 5 tahun yg lalu skim pembiayaan riba itu (bank MBSB) telah diubah secara automatik oleh bank itu menjadi pembiayaan Islamik. Kini rumah itu telah habis dibayar dan saya tidak tinggal di sana. Ia disewakan.
Saya juga sudah memahami hukuman ke atas riba, dan saya sangat-sangat menyesal, bertaubat dan tidak mahu melibatkan diri dgn pinjaman riba lagi.
Oleh itu, apakah yg patut saya buat dgn pembiayaan riba (iaitu interest atau bunga pinjaman) yg telah saya bayar pada masa lalu? Adakah saya perlu membayarnya semula dan bagaimana?
Mohon pencerahan daripada pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
Yg benar
Nor Azila
Jawapan
Hukum membuat pembiayaan atau pinjaman bank pada asalnya adalah diharuskan. Walau bagaimanapun sekiranya pinjaman tersebut melibatkan riba, maka ia adalah diharamkan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 275:
Maksudnya: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT telah memberi hidayah kepada puan untuk tidak lagi melanggan kepada perbankan konvensional. Berkenaan dengan bayaran faedah/ interest yang dibayar kepada bank yang terlibat adalah tindakan masa lalu yang sekiranya puan telah bertaubat yang benar. Insyaallah diampunkan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Nur ayat 31:
Maksudnya: dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Imam al-Nawawi menyebut dalam kitab Riyadh al-Salihin: “Para ulama berkata, bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah SWT - yang tidak ada sangkut pautnya dengan hak manusia - maka syaratnya ada tiga:
Berdasarkan ketiga-tiga kriteria yang dinyatakan oleh Imam Nawawi, boleh dikira puan bertaubat dan segala yang berkaitan pembayaran yang dibuat tidak perlu dibayar semula atau sebagainya.