BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya ada rumah untuk disewa. Ada sebuah keluarga India berminat untuk menyewa. Dia berhadrat untuk menjual bunga depan rumah. Sepwrti diketahui kegunaan bunga pelbagai, termasuk bunga untuk hadiah, konvo, perkahwinan, bunga gelung di tengkuk, juga bunga yg di letak di keranda. Setahu saya, bunga sekadar hiasan tanpa pemujaan.

Soalan saya adakah dibenarkan untuk saya menyewa rumah ini.

Terima kasih

Hamidi Abdul Aziz

0125082880


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam kehidupan majmuk dalam kepelbagaian kaum seperti di Malaysia sememangnya akan ada bermuamalat sesama kaum yang bukan Islam. Sebagaimana tuan bermuamalat dengan sebuah keluarga India untuk menyewa rumah dan penyewa ingin melakukan perniagaan bunga atau perniagaan lain yang tidak menyalahi undang-undang, maka ia adalah diharuskan.

Namun, ada baiknya pihak tuan sentiasa memantau perniagaan yang dilakukan oleh penyewa kerana ditakuti boleh terjerumus kepada bertolong-tolong dalam perkara maksiat. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 149

message user image