Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Pembelian tanah melalui broker. Broker ambil komisen yang terlalu tinggi tanpa keluarkan modal. Sah atau tidak duit komisen itu?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, mualamah seperti ini dalam Fiqh disebut Samsarah. Duit komisyen yang diterima oleh broker hasil jual beli tanah adalah halal dengan syarat ianya dipersetujui dan disepakati antara tuan/pemilik tanah yang menjual tanahnya dengan wakil penjualnya (broker).
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.