BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustat.. Maaf saya dilahirkan anak luar nikah.. Ibu dan bapa tak berkahwin / tidak nikah mereka berpisah dan saya dibesarkan oleh ibu sehingga dewasa.. Kini setelah 40 tahun saya jumpa bapa saya hidup gelandangan dan kurang siuman.. Apakah kewajipan saya terhadap ayah saya sekarang dan apa perlu saya lakukan sedangkan ayah tidak berkahwin atau nikah dengan ibu saya.. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan :

Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.

Berdasarkan keputusan di atas, saudari tidak ada sebarang hubungan nasab dengan lelaki yang menyebabkan kelahiran saudari. Oleh yang demikian, saudari tiada apa-apa tanggung jawab atau kewajipan terhadap lelaki tersebut. Sekiranya atas dasar ukhuwah dan kemanusian sesama muslim, saudari bolehlah membantunya dengan apa-apa bantuan atau pertolongan yang sesuai. Mudah-mudahan dengan niat dan usaha murni saudari tersebut dapat meraih ganjaran dan keberkatan Allah SWT. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 141

message user image