Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum mufti sy nak bertanya tentang apabila kita telah sumpah atas nama Allah.. saya dan suami pernah bersumpah 1. sy xkan bermesej dgn laki lain kcuali adik bradik, 2, xkn tinggikn suara pd suami. 3 sumpah akn menggunakn fikiran dulu sekiranya ade masalah dan tak gunakan emosi 4.tidak mngambil hak suami dgn mengecek mesejnye..skiranya sy mlanggr 1 drpd sumpah ini suami sy akn diberi pd orang lain..dan suami juga telah bersumpah xkn mlakukn perkara haram lg.sekiranya dia mlanggr sy rela korbankn/serahkn nyawa sy pd Allah sbg penentu utk myedarkan dia. sekarang sy telah melanggar 1 drpd sumpah sy kerana telah brpikir mnggunakan emosi dan mnyalahkannya atas ksalahn/bohongan yg suami lakukn.sy ingin tau sah tak sumpah sy dan suami itu. dan perlukah sy lepaskn suami sy..mohon bantuan dan pencerahan dr pihak mufti.terima kasih..
Jawapan
Terdapat 3 syarat-syarat bersumpah iaitu:-
1- Orang yang bersumpah waras dan baligh.
2- Sumpah yang tidak sia-sia. Sumpah yang sia-sia adalah seperti bahkan, demi Allah! Dan tidak, demi Allah! dan seumpamanya, yang terbiasa pada lidah tanpa sebarang tujuan,yang banyak berlaku di kalangan orang ramai.
3- Bersumpah dengan satu daripada yang berikut:
Berdasarkan soalan puan, sekiranya sumpah yang dilafazkan menepati syarat di atas maka hukum sumpah tersebut adalah sah. Sumpah tidak berlaku kecuali dengan nama Allah SWT, sama ada dengan menggunakan salah satu nama-Nya atau dengan salah satu sifat-Nya. Sekiranya sudah terbukti sumpah yang puan lakukan adalah sah dan puan telah melanggar sumpah tersebut, maka puan perlulah membayar kaffarah. Hukuman orang yang melanggar sumpah ini, wajib dikenakan denda (kaffarah).
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Maidah ayat 89:
Maksudnya: Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi, kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka, bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana, yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah, peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama) supaya kamu bersyukur.
Denda melanggar sumpah
Sesiapa yang melanggar sumpahnya sama ada sumpah bohong ataupun tidak, wajib membayar denda secara pilihan, satu daripada 3 perkara yang berikut:-
Walaubagaimanapun, jika tidak mampu melaksanakan mana-mana denda tersebut disebabkan kesusahan, wajiblah berpuasa selama tiga hari tanpa syarat berturut-turut.
والله أعلم بالصواب