Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Sah tak solat orang cacat akal
Jawapan
Bagi orang yang cacat akal, sah atau tidak solatnya bergantung kepada keadaan sama ada mumayyiz atau tidak. Jika orang itu tidak mumayyiz, maka solatnya tidak sah. Walau bagaimanapun, seandainya orang itu mumayyiz, maka solatnya sah sekiranya memenuhi semua rukun dan syarat sah solat. Namun begitu adalah tidak menjadi kewajipan baginya mendirikan solat. Ini bermakna jika dia tidak menunaikan solat, dia tidak wajib diqada'.
والله أعلم بالصواب