BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam ustaz. 

 

Surau tempat saya ada surau dua tingkat. Tingkat atas terkebelakang sedikit daripada ruang solat bajagian bawah. Masih boleh nampak imam dan mamkum daripada tingkat atas.

Tangga untuk naik ke tingkat atas terletak di bahagian luar sebelah kiri dewan solat. Kedudukannya tangga setengah barisan dewan solat. 

 

Surau bercadang untuk mengadakan solat jumaat dengan makmum akan menggunakan ruang sebelas atas.

 

Soalan.

Adakah dikira terputus saf untuk makmum yang solat di bahagian atas?.

Sekian. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, isu ini  termasuk dalam bab solat berjemaah di bangunan yang statusnya bukan masjid. Dalam mazhab Syafie, ia perlu menepati syarat berikut untuk menjadikan berjamaah itu sah iaitu:-

  • Jemaah boleh mendapatkan imam dengan tidak membelakangkan qiblat .Contohnya jika makmum ingin datang menghampiri imam dia tidak berpusing sehingga dadanya membelakangkan kiblat tetapi harus ia berjalan mengiri atau menganan.
  • Mesti ada rabitah (penghubung/ orang perantara) antara jemaah atas dan jemaah di bawah.

Untuk maklumat lebih lanjut, pihak tuan boleh merujuk  garis panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor di pautan berikut: 

https://www.muftiselangor.gov.my/images/pdf/Garis%20Panduan%20&%20Penerbitan/new%20edited%20GP%20solat%20tanah%20lapang.pdf

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 54

message user image