BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Teknologi menghasilakan dagin dari pembiakan cell (Meat Cultivation form animal stem cell) telah pun mula berada di pasaran. Adakah hukum sembelihan akan terpakai untuk menentukan status halal daging ini dimana walaupun secara saintifiknya ianya mempunyai sifat yang sama seperti daging haiwan namun proses penghasilannya amat berbeza. Atau adakah perlu dipastikan sumber sel yang dihgunakan untuk penghasilan tersbut mesti di perolehi dari haiwan yang telah disemebilah mengikut ajaran Islam? informasi berkaitan mengenai Meat CUltivation boleh doperolehi di pautan ini : https://gfi.org/science/the-science-of-cultivated-meat/#:~:text=Cultivated%20meat%2C%20also%20known%20as,and%20farm%20animals%20for%20food.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Daging kultur adalah daging yang dihasilkan melalui proses penumbuhan atau pengembangan sel tisu haiwan hidup secara terkawal di dalam suatu medium yang sesuai di dalam makmal (in-vitro). Sel itu akan berkembang atau membesar menjadi tisu-tisu otot yang kemudiannya menjadi ketulan daging. 

Keharusan daging kultur adalah bergantung kepada:

1. Sel haiwan yang diambil adalah daripada haiwan yang halal dimakan.

2. Sel haiwan tersebut hendaklah bukan daripada sel yang haram dimakan seperti darah atau tinja.

3. Medium kultur yang digunakan untuk menanam atau mengembangkan sel haiwan tersebut hendaklah dari bahan yang halal.

4. Pengambilan daging kultur tersebut tidak menyebabkan kemudharatan.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya. Amin

والله اعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 144

message user image