BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya ingin memohon penjelasan berkenaan penggunaan perkataan AL-FATWA di dalam penjenamaan.  Adakah perkataan AL-FATWA boleh digunapakai oleh pihak syarikat bagi penerangan informasi 'Islamic Digital'.  Adakah ianya salah darisegi hukum atau yang seumpamanya.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه

Merujuk kepada persoalan saudari, penggunaan perkataan AL-FATWA di dalam penjenamaan tidak menyalahi dari sudut hukum atau yang seumpamanya, akan tetapi dikhuatiri akan menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Umum mengetahui fatwa itu berkait rapat dengan pengeluaran hukum syarak yang dikeluarkan seseorang mufti bagi memberikan jawapan kepada sesuatu kemusykilan dan bilamana sesuatu fatwa itu diwartakan, ia akan mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di negeri Selangor dan menjadi kewajipan di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)  2003.
Sehubungan itu, adalah diharapkan pihak saudari dapat mempertimbangkan penggunaan perkataan AL-FATWA agar tidak digunakan supaya ia tidak mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat awam.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 155

message user image