BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Asalamualaikum tuan, saya ingin bertanya apakah hukum terpijak lopak air ada kesan tapak kaki babi ,sebab pada malam disekitar rumah saya hujan dan babi babi berkeliaran sekitar rumah saya , keesokan petang pula saya berjalan  di sekitar rumah lalu dengan tiba-tiba saya terpijak lopak air dan ternampak ada kesan tapak kaki babi yang berada di sekitar rumah saya persoalannya apakah hukum terpijak lopak air ada kesan tapak kaki babi

 


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapat najis sama ada dari segi ain, bau, warna atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila ia jelas kelihatan seperti tahi, air kencing dan selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna. Sekiranya semata-mata memijak kesan tapak kaki binatang maka tidaklah perlu untuk menyiasat lebih terperinci binatang jenis apa dan sebagainya.   

Oleh itu, sekiranya yakin terdapatnya kesan tapak kaki atau najis babi semasa memijak lopak air tersebut, maka perlu disucikan dengan cara disertu tempat yang terkena najis ini kerana kawasan lopak air tersebut telah menanggung najis. Namun, jika sekadar andaian maka ia tidak perlu disertu. Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau sangkaan sahaja, maka ia kembali kepada kaedah fiqah yang menyatakan: 

الأصل في الأشياء الطهارة

Maksudnya: "Hukum asal segala sesuatu adalah suci". 

Ini kerana pada asalnya, hukum sesuatu itu adalah suci sehingga terbukti adanya najis dengan dihadiri salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 223

message user image