BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum WBT,

kepada S.S Dato' Anhar Bin Opir, Dato' Mufti Negeri Selangor,

SOALAN BERKAITAN IBADAH KORBAN : Apakah hukum pihak pengurusan program korban mencampurkan kesemua daging lembu tanpa mengikut nombor lembu yang telah ditetapkan. Peserta telah membayar pada kadar bayaran yang sama iaitu RM900 untuk 1 bahagian, tetapi peserta tidak memilih lembu. Jika tiada masalah untuk pihak pengurusan mencampurkan daging lembu tersebut, adakah perlu mendapatkan keizinan daripada peserta korban. Sekian Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Secara umumnya harus untuk mencampurkan kesemua daging lembu tanpa mengikut nombor lembu yang telah ditetapkan. Sebaiknya maklumkan terlebih dahulu kepada para peserta tentang kaedah pengurusan pembahagian daging tersebut bagi mengelakkan salah faham.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 138

message user image