BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya mahasiswa Malaysia yang belajar di Indonesia. Seiring perkembangan zaman, banyak saya baca tentang artikel Childfree dalam pernikahan yang banyak dipilih oleh orang Indonesia kerana faktor ekonomi dan perkembangan zaman kini.

Disebabkan di Malaysia tidak didedahkan dengan childfree sedangkan perkara ini banyak terjadi di Malaysia juga, jadi saya ingin tahu tentang childfree dalam Islam itu adakah dibolehkan atau tidak? Dan apa pandangan Islam tentang ini.

Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Childfree merupakan istilah yang digunakan bagi pasangan yang berkahwin yang bercadang untuk tidak mempunyai anak. Berdasarkan soalan puan, perkara ini bertentangan dengan salah satu tujuan perkahwinan dalam Islam sekiranya pasangan ini tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk tidak mempunyai anak. Walaupun Islam tidak menetapkan setiap perkahwinan wajib mempunyai anak, akan tetapi perkahwinan merupakan wasilah bagi mendapatkan anak dan keturunan yang sah di sisi syarak.

Adapun begitu, Islam tidak melarang pasangan yang berkahwin untuk merancang kehamilan kerana ia merupakan hak bersama antara suami dan isteri. Mereka berhak merancang dan berbincang sebaiknya untuk menentukan bilangan anak, waktu yang sesuai untuk mempunyai anak kerana ia melibatkan perkara lain yang perlu dipertimbangkan seperti kesihatan, didikan, kewangan dan sebagainya demi kesejahteraan keluarga.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 296

message user image