Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum tuan mufti saya ingin bertanya berkenaan hukum kahwin paksa, adakah seorang ayah berhak memaksa anak perempuan untuk menikah? Bagaimana pula hukum seorang ayah melarang pernikahan anak perempuannya dengan orang yang baik, tapi bukan pilihan nya? Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, pernikahan itu sah kerana ayah merupakan wali yang mujbir (wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin gadis itu terlebih dahulu) dengan syarat perkahwinan tersebut adalah dengan pasangan yang sekufu (sepadan). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.