Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya mempunyai 2 soalan.
Jawapan
1. Menjawab soalan pertama, Allah SWT berfirman dalam surah al-Nisa ayat 24 :
Maksudnya: Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian.
Ayat di atas turun setelah menjelaskan wanita-wanita yang haram dinikahi. Oleh itu hukum selain wanita yang telah disebutkan itu adalah halal untuk dinikahi, termasuk wanita yang berzina.
Dalam syarat pengantin lelaki dan pengantin perempuan tidak dinyatakan mesti bertaubat untuk memastikan perkahwinannya sah. Namun para ulama’ telah bersepakat bahawa zina adalah dosa besar yang wajib dijauhi. Zina juga mengundang kemurkaan Allah sehingga diwajibkan ke atasnya hukuman tertentu iaitu bertujuan untuk memberatkan penzina tersebut ke atas dosa yang mereka dilakukan.
Walau bagaimanapun, sebaiknya hendaklah dipastikan pelaku zina tersebut benar-benar bertaubat terlebih dahulu sebelum dinikahi kerana perkahwinan dalam islam merupakan ibadah. Maka sewajarnya pelakunya bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat sebelum melaksanakan tuntutan ibadah yang besar iaitu perkahwinan.
Hal ini juga bertepatan dengan hadis Nabi SAW:
Yang bermaksud: Seseorang yang telah bertaubat daripada dosa itu layaknya diumpamakan seperti tidak ada dosa padanya. (Riwayat Ibnu Majah)
2. Persoalan yang kedua ini juga jawapannya sama dengan jawapan yang pertama. Nikahnya sah, namun pasangan wajib bertaubat di atas tindakan meninggalkan solat, kerana Allah SWT berfirman dalam surah al-Nisa ayat 103 :
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
Ayat di atas merupakan salah satu dalil kefarduan solat ke atas umat Islam seluruhnya. Solat menjadi zimmah atau beban ke atas orang Muslim sehinggalah dia menunaikannya melainkan wujudnya uzur syar’ie yang menggugurkan kewajipan atau meringankannya, maka barangsiapa yang meninggalkannya disebabkan keuzuran seperti terlupa atau tertidur, maka hendaklah dia menggantikannya sebaik sahaja tersedar ataupun terjaga. Adapun bagi mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja yakni kerana mengingkari kewajipannya, maka kafirlah dia dan terkeluar daripada agama Islam. Manakala bagi mereka yang meninggalkan solat atas sebab malas atau melengah-lengahkannya, maka dia mendapat dosa dan hendaklah dia mengqadhakannya atau menggantikannya semula.