Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamuaikum,
saya baru tahu tentang hukum qauli dalam solat seperti bacaan fatihah perlu telinga kita dengar .Masaalah nye selama ini saya sembahyang tanpa mengetahui hukum tersebut adakah saya perlu qado semua solat yg terdahulu.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, Rukun qawli adalah bacaan yang wajib dibaca dengan betul di dalam solat bagi memastikan solat tersebut sah. Antara syaratnya ialah ia perlu dibaca dengan kadar dapat didengar oleh diri sendiri dan tidak meninggikan suara sehingga mengganggu orang lain, kerana makruh hukumnya. Jika terdapat masalah pendengaran atau sebarang gangguan bunyi, adalah memadai jika dilakukan dengan kadar kemampuan sahaja. Adapun solat sebelum ini tidak perlu diqada'. Semoga Allah memberi keampunan atas kesilapan dan kecuaian yang telah dilakukan. Pelajari ilmu fardu ain bagi memastikan ibadah kita diterima oleh Allah SWT.