Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana penulisan yang panjang ini. Soalan saya berdasarkan hobi yang saya ceburi. Baru-baru ini Hot Wheels telah memperkenalkan dan menjalankan jualan pek Hot Wheels NFT(non-fungible token). Pek Hot Wheels NFT boleh dibeli di laman web Hot Wheels. Proses pembelian pek Hot Wheels NFT adalah seperti berikut :
Kebiasaannya, para pembeli akan membeli pek untuk mendapatkan kereta Hot Wheels NFT fizikal untuk dijual dengan harga berlipat kali ganda hingga mencecah ribuan ringgit. Hal ini juga membuatkan para pembeli membeli lebih dari 1 pek Hot Wheels NFT agar meningkatkan peluang mendapatkan kereta Hot Wheels NFT fizikal.
Soalan saya :
Terima kasih.
Jawapan
Secara umumnya, Islam adalah agama yang menggalakkan perniagaan jual beli dan mengharamkan riba. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Surah al-Baqarah ayat 275:
Maksudnya: Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Jual beli NFT adalah harus sekiranya ia melibatkan barang yang diterima secara rawak sebagaimana yang dinyatakan adalah tidak menyalahi syarak seandainya kesemua barang tersebut mempunyai kualiti serta nilai yang sama. Di samping itu, penjualan tersebut tidak mendatangkan perselisihan atau rasa tidak puas hati mana-mana pihak, penjual atau pembeli. Seandainya barang-barang tersebut mempunyai kualiti atau nilai yang berbeza-beza, atau ia boleh menyebabkan rasa tidak puas hati, maka penjualan tersebut adalah dilarang.
Jual beli yang dilarang adalah disebabkan barangan yang tidak jelas seperti yang dimaksudkan seolah-olahnya mengandungi unsur gharar yang diharamkan dalam Islam. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang jual beli al-hashah (melempar batu) dan jual beli gharar(ketidakjelasan)”. (Riwayat Muslim)
Jual beli sebegini tidak diharuskan dan terbatal di sisi Syarak kerana tidak menepati rukun dan syarat asas jual beli iaitu barang jualan mestilah diketahui dan ditentukan jenis barangannya secara spesifik. Jual beli ini sangat jelas mempunyai unsur perjudian kerana bergantung kepada nasib semata-mata. Konsep jual beli cara ini menafikan hak pembeli dalam memilih barangan yang dikehendaki dan disukainya setimpal dengan harga yang telah dibayar.
(soalan 2 dan 3) Tiada masalah untuk berjual beli dengan pemilik NFT selagi mana akad jual beli antara pembeli dan penjual telah disepakati.