BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

assalamualaikum, saya ingin bertanyakan kepada mufti. jika saya tercakap "sumpah, akak taknak jaga awak dah", adakah saya berdosa? sebab saya cakap tu dalam perasaan yang marah. dan saya juga tercakap sumpah padahal saya tak berniat nak bersumpah. kerana saya tahu, saya cakap itu atas dasar marah bukan betul betul taknak jaga dia. macam mana tu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Syarat sah sumpah ialah dengan menggunakan lafaz الله atau salah satu daripada nama-nama Allah atau salah satu daripada sifat zat Allah. Merujuk kepada persoalan dan penerangan puan, puan tidak berniat untuk bersumpah dan lafaz puan tidak memenuhi syarat sumpah. Jika puan tidak melafazkannya sebagai syarat sah sumpah, maka ia tidak jatuh sebagai sumpah dan tidak dikenakan kaffarah.

Justeru itu, perbuatan ini tidaklah membawa kepada dosa. Namun begitu, adalah sebaiknya puan mengawal perasaan marah supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaan orang lain khususnya adik beradik. Dikhuatiri akan membawa kepada renggangnya hubungan kekeluargaan sesama saudara sendiri.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 79

message user image