Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Maaf bertanya tidak berlapik tetapi saya sangat terbeban memikirkan hal berkaitan najis air mazi ini.
Ade air mazi yang terkena pada seluar saya semasa saya terangsang, kemudian ia kering. Keesokan harinye saya terlupa dan memakai kembali seluar itu. Tambahan pula saya juga mempunyai keputihan yang tak menentu dan mungkin seluar saya agak lembap.
Kemudian saya ke kedai perabot untuk membeli tilam, atas kealpaan saya terduduk di slaah satu tilam contoh yang dipamerkan.
Jadi adakah najis air mazi yg sudah kering dan keputihan saya akan berpindah ke tilam dikedai tersebut?
Pada ketika itu seingat saya tseluar saya kering tapi saya masih ragu ragu jika dia basah dan saya x perasan.
Apa yang perlu saya buat? Saya tak mampu membelinya
Harap dapat menjawab pertanyaan saya .saya amat buntu memikirkannya. Maaf agak panjang.
Jawapan
Air mazi yang telah kering tidak berpindah ke tilam dikedai tersebut. Ini kerana najis yang telah kering tidak menajiskan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Pakaian yang terkena air mazi mesti dicuci sehingga hilang bau, warna dan kesannya pada pakaian tersebut. Elakkan memakai semula pakaian yang bernajis dan sentiasalah menjaga kebersihan diri dan pakaian. Disarankan saudari memakai pad/ pantyliner bagi mengelakkan seluar terkena najis/kotoran tersebut.