BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ada persoalan yang sangat penting dan saya MOHON balas dengan segera. Begini, biar saya mula dengan permasalahan atau permulaan. Saya ada masalah dengan menentukan sesuatu sebagai contoh ya. Saya nampak apa apa sahaja saya akan tertanya tanya atau was was atau syak atau tidak pasti tentang sesuatu. Kesemuanya adalah berkaitan anjing dan khinzir. Saya begitu was was dan terperinci. Sebagai contoh. Saya berjalan di jalan raya dan ternampak kesan mungkin kesan air. Terus hati saya merasa was was dan syak. Adakah ini kesan tapak kaki khinzir ke anjing ke. Mungkin bentuk rupa kesan tersebut ada iras iras tapi tidak la sebijik. Dan hanya sedikit seperti percikkan air yg membentukkan sesuatu bentuk seperti bentuk bentuk tapak kaki haiwan haiwan tersebut. Sehinggakan saya jadi selalu syak dan was was. Sehingga saya jalan pun asyik tgk bawah. Terkadang saya termenung melihat adakan ini bentuk tapak kaki anjing ya. Ka khinzir. Dan permainan fikiran saya tu membawa sehingga seolah olah mmg betul itu adalah bentuk tersebut. Sedangkan saya sendiri tidak nampak haiwan tersebut lalu di situ atau itu sememangnya dari haiwan tersebut kerana ketika itu tidak nampak seekor haiwan pun disitu. Begitulah. Faham tidak? Itulah keterangan yang saya mampu bagi. Jadi sekarang saya jadi was was adakah itu benar sesuatu tapak binatang tersebut atau tidak. Mohon bantu saya. Adakah saya perlu sertu jika selipar saya terpijak walhal saya tidak tahu apakah bentuk tersebut. Mungkin menyerupai atau tidak. Tapi saya sendiri tidak tahu apakah ia. Selalu dan kerap berlaku. Saya jadi penat, apakah patut saya lakukan? Perlu ke saya sertu kalau saya pijak? Sedangkan setiap kali berlaku mesti kesan itu hanya satu dan tidak banyak seperti ada pergerakkan haiwan. Bantu saya ustaz. Tak akan bila saya asyik syak dan was was begini saya kena sertu. Saya jadi buntu. Harap dapat membantu saya. Saya jadi terlalu terperinci sehinggakan bawak kereta pun saya perhatikan jalan yang saya lalui. Ada tak kesan apa apa. Bantu saya ustaz.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, Jalan yang dilalui anjing tidak boleh dijadikan asbab untuk sertu, melainkan dengan jelas terdapat najis mughallazah iaitu najis anjing atau terkena bulu anjing yang basah pada pakaian maka hendaklah disertu pakaian tersebut. Apa yang paling penting pastikan terlebih dahulu ain najis tersebut, iaitu bau, warna dan rasa barulah ia dihukumkan wajib untuk disertu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 268

message user image