BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam, kepada yg berkenaan sy ingin bertanya baru-baru ini seorang sahabat yg baru sy kenali di tempat kerja telah memberi kepercayaan penuh pada diri sy dan berkongsi bahawasanya beliau merupakan seorang gay. Sy khuatir wahai mufti bagaimana sekiranya sahabat sy ini nanti gagal mengawal hawa nafsu nya dan terjerumus ke kancah hina. Sy sebagai teman merasa bertanggungjawab dlm melindungi nya. Soalan sy apa yg harus sy lakukan wahai mufti bagi melindungi sahabat sy ini supaya tidak menurut hawa nafsu nya? Bagaimana harus sy melindungi nya? Apakah menjadi seorang gay ini takdirnya?

 

 

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Gay merupakan salah satu budaya songsang yang dianggap sebagai satu bentuk ancaman terhadap nilai murni yang diajar dalam agama Islam dan budaya timur negara kita. Hal ini kerana perbuatan seumpama ini hanyalah mengikut hawa nafsu, terpengaruh dengan budaya barat atau tidak bersyukur dengan nikmat kejadian diri. Oleh itu, budaya ini tidak boleh dibiarkan tersebar secara berleluasa dalam masyarakat Islam kerana dikhuatiri akan menyumbang kepada keruntuhan akhlak, agama, bangsa dan negara.

Tindakan puan untuk membantu kawan puan adalah perbuatan yang baik di mana golongan seperti ini memerlukan sokongan dalaman dan nasihat yang membina. Adalah lebih baik puan minta kawan puan untuk merujuk juga kepada individu yang pakar bagi menangani masalah ini seperti pakar psikologi supaya dapat mengenal pasti punca berlakunya perkara ini. Di samping itu, hendaklah merujuk para ilmuan dan agamawan yang arif untuk diberi didikan dan tarbiah supaya golongan ini kembali ke jalan yang benar.

Di samping itu, puan sebagai kawan boleh mengingatkannya bahawa ini adalah ujian dari Allah pada insan yang terpilih agar kita kembali mengingati-Nya. Disamping menasihatinya tentang tujuan kehidupan dan mencari gaya hidup yang sihat agar terhindar daripada segala penyakit berisiko akibat perbuatan gay serta kemurkaan Allah SWT. Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang selalu bertaubat dan tidak berputus asa dengan Rahmat Allah seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Zumar ayat 53:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ

إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ‏

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 143

message user image