Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t.
Bab kurban.
Bolehkah fakir miskin yang menerima daging kurban menjual daging tersebut?
Terima kasih.
Jawapan
Bagi golongan fakir miskin, dibenarkan menjual bahagian korban yang diterima kesemuanya atau sebahagiannya kerana daging tersebut telah menjadi miliknya. Berbeza dengan golongan yang kaya, mereka tidak dibenarkan untuk menjualnya, namun boleh memanfaatkan bahagian korban yang diberikan itu dengan cara dimakan, sedekah atau menjamu tetamu.