BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalaimualaikum,sy Ada ank umur 4 bln minum susu formula.ank sy kencing dlm buaian Dan air kencingnya menitis keluar sampai bawah lantai Dan sy nampak ainnya.cuma sy xtahu Dan xnampak percikan masa sy angkat keluar ank dri Kain buaian n maybe sudah terpijak Dan jalan merata dlm bilik Dan rumah

 

Agak Susah nk alirkan air SBB dlm rumah ade sofa,meja, carpet Dan tilam.bagitahu suami mesti dimarahinya .ank sy juga tidak boleh tinggal lama untuk sy buat semua ITU.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada situasi yang diceritakan, puan hanya perlu membersihkan air kencing yang nampak sahaja atau di tempat yang ada najisnya sahaja. Percikan atau najis yang tidak nampak, tidak perlu dicuci. Tidak perlu khuatir sehingga ingin membersihkan keseluruhan rumah dan sebagainya. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 355

message user image