Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum kpda phak mufti selangor
Bismillahirohmanirohim
Dalam zaman y serba canggih skrang ini kita dapat mendengar dan mghafal al quran begitu mudah dengan menggunakkan berbagai platfrom dan salah satu darinya ialah handfon,
Sya ada kebimbangan apakah hukum/boleh sya mendengar lalu mgikuti baca alquran dengan mggunakan earfon bluetooh semasa didalam melakukan ibadah solah,sya brharap pihak mufti dpt mberi jawap dgn segara lagi terbaik agar sya dpt melakukan ibadah solah dgn lebih smpurna,sekian terima kasih
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتهالحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعدSemoga tuan sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan. Perbuatan solat sambil mendengar bacaan al-Quran sama ada melalui earphone ataupun sebagainya adalah sah. Namun begitu, perbuatan tersebut adalah tidak digalakkan atau makruh. Justeru, bagi menangani permaslahan ini kami mencadangkan agar tuan membaca mana-mana surah yang mudah dan ringkas di dalam al-Quran kerana ia jauh lebih baik dan sempurna. Perkara ini adalah berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah al-Muzammil ayat ke - 20: فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِMaksudnya: Oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui setiap kelemahan dan kekurangan hamba-hamba-Nya, dan Allah SWT juga menilai setiap perbuatan dan amalan yang kita usahakan. والله أعلم بالصواب |