BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Salam ustaz. Saya ada soalan. Mengenai kerjaya saya sekarang. Sekarang ni saya kerja bawah satu projek iaitu projek apps food delivery. Pekerjaan saya sebagai content moderator yg melibatkan filter data- data dari pihak food felivery tersebut. Jadi tugas saya samada kena approve atau reject sesetangah data data dari Merchant. Ramai tahu bahawa food delivery bukan cover merchant atau vendor-vendor Muslim sahaja, tetapi akan cover non muslim vendor juga. Jadi, selain menyemak makanan Halal dan barang barangan yang dijual di vendor tertentu, dalam policy food delivery di Malaysia,  kami juga perlu meluluskan menu dan gambar serta melabel alkohol untuk dijual di kedai-kedai yang berdaftar di dalam sistem syarikat penghantaran makanan yg saya bekerja. Kemudian, akan ada beberapa pihak lain akan meneliti dan menyemak semula kerja-kerja kami selepas review data tersebut. Soalan saya, adakah pekerjaan saya terlibat dalam 10 golongan yg melibatkan arak? Jadi buat masa skrg saya masih belum buat apa-apa review mengenai alkohol. Sekian.

 

Saya harap info yg saya share di atas perlu dirahsiakan atas sebab2 tertentu (company policy). Terima kasih ustaz. Dan saya harap soalan saya tidak terlalu rumit. Jazakallahukhair


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara umumnya pengharaman arak adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 20:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini dengan menyebut satu riwayat daripada Abdurrahim bin Ghanm RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

وإِنَّ الْخَمْرَ حَرَامٌ وَثَمَنُهَا حَرَامٌ، وَإِنَّ الْخَمْرَ حَرَامٌ وَثَمَنُهَا حَرَامٌ، وَإِنَّ الْخَمْرَ حَرَامٌ وَثَمَنُهَا حَرَامٌوَ

Maksudnya: Dan sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram, Sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram, Sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram. (Riwayat Ahmad)

Hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَه

Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat dalam urusan arak ini 10 golongan: Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya. (Riwayat al-Tirmidzi)

Berdasarkan potongan ayat al-Quran dan hadis di atas dapatlah disimpulkan bahawa pengharaman arak adalah sesuatu yang sangat berat dalam Islam, di dalam sejarah pensyariatan juga menunjukkan arak merupakan antara perkara terawal diperintahkan oleh Allah SWT agar umat Islam menjauhkan diri darinya. Pengharaman arak juga agak berbeza dengan pengharaman yang lain di mana pengkhususan laknat adalah bagi setiap daripada 10 golongan yang terlibat dengan urusan arak. Ini menunjukkan bahawa setiap yang ada kaitannya dengan arak wajib bagi umat Islam menjauhkan diri daripadanya.

Oleh itu, berdasarkan penerangan di atas kerja anda sebagai content moderator secara umumnya adalah harus dan hasil perkerjaan tersebut adalah halal. Namun sekiranya melibatkan content arak, maka sebaiknya perkara tersebut dielakkan kerana dibimbangi termasuk di dalam golongan yang mendapat laknat dari Allah SWT.

Sekian, terima kasih

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 146

message user image