BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Asalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum terkena lalat bangkai babi , persoalannya saya balik dari sekolah dan saya ternampak ada bangkai babi di tepi jalan sewaktu saya hendak balik dari sekolah tiba tiba muncul seekor lalat dari bangkai babi tersebut lalu lalat itu hinggap di pakaian sekolah saya persoalannya apakah hukum terkena lalat dari bangkai babi itu mohon penjelasan tuan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapat najis sama ada dari segi ain, warna atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila ia jelas kelihatan seperti tahi, air kencing dan selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna. 

Sekiranya tiada kesan-kesan najis yang dapat diperhatikan, maka kaedah fiqah menyatakan: 

الأصل في الأشياء الطهارة

Maksudnya: Hukum asal segala sesuatu adalah suci.

Ini kerana pada asalnya, hukum setiap sesuatu itu adalah suci sehingga terbukti adanya najis secara jelas dan yakin dengan kehadiran salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Kaedah fiqah yang lain juga ada menyatakan bahawa:

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan. 

Merujuk kepada persoalan tuan, dihinggapi lalat pada badan atau pakaian yang diketahui bahawa lalat itu telah menghinggapi najis seperti bangkai babi dan sebagainya adalah dianggap sebagai sedikit dan ia adalah dimaafkan. Oleh itu, ia tidak wajib dibasuh atau disucikan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 158

message user image