BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan badal haji. Apakah hukum membuat badal haji lebih dari satu nama? Sebab saya ada melihat postingan berkenaan badal haji yang dibuat lebih dari satu nama adalah haram. Saya sedang merancang untuk membuat badal haji untuk arwah bapa saya melalui seseorang yang membuat perkhidmatan badal haji. Oleh itu saya ingin bertanya untuk mendapatkan penjelasan atas perkara ini. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Hukum membuat badal haji lebih dari satu nama adalah tidak dibenarkan dan tidak sah.

Perkara ini berdasarkan kaedah fiqh:

الْمَشْغُولُ لَا يُشْغَلُ

Maksudnya: Perkara yang sedang sibuk dilakukan, tidak boleh disibukkan dengan perkara lain.

Berdasarkan kaedah di atas, Imam al-Suyuti menjelasakan: Tidak harus mengerjakan dua akad ke atas sesuatu benda di dalam satu tempat”. Oleh yang demikian, akad antara seorang wakil dengan peserta badal haji dianggap satu akad. Oleh itu, seorang wakil hanya boleh berniat untuk satu ibadat haji sahaja untuk orang yang diwakili olehnya. Mereka yang sedang mengerjakan badal haji bagi satu pihak atau individu tidak boleh sibukkan diri mereka dengan mengerjakan badal haji bagi pihak yang lain.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 154

message user image