BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Asslamualaikum. Saya nak tanya. Kalau saya dah basuh telur ayam tersbut sblum goreng. Sy tak perasaan ada sedikit lagi najis ayam yang melekat pada kulit telur.soalan sy air yang jatuh ke lantai semasa saya pegang telur masih bernajis setalah dibasuh wajib dikira najis tak. Macam mana nak bersihkan kerana mungkin telah menyebar ke kawasan lain dalam rumah.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, telur yang telah pun dibasuh sebelum digoreng, adalah bersih dan suci, maka air yang menitis jatuh ke lantai adalah tidak bernajis. Ini kerana telur tersebut telah pun bersih dan suci semasa proses basuhan telur tersebut. Namun, jika disedari dari awal masih terdapat najis pada bahagian telur yang telah dibasuh tersebut, maka air yang menitis jatuh ke lantai adalah air mutannajis (menanggung najis) dan perlu dibersihkan dan dibasuh dengan air. Jika tidak nampak atau disangka sahaja ada najis, maka kembali kepada hukum bahawa ia tidak bernajis.

Ini kerana kaedah fiqh menyebutkan bahawa:

اليَقِينُ لَا يَزُولُ بِالشَّك

Maksudnya: Keyakinan tidak akan terangkat dengan sebab syak.   

Tambahan pula, najis yang terdapat di kulit telur itu adalah sedikit dan ia adalah dimaafkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 170

message user image