BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt, saya nak tanya apa status mak tiri ini jika :-

Sebelum ini ibu saya dibesarkan oleh mak susuannya(nenek) dan suami (atuk) bersama lagi seorang pakcik yg juga merupakan anak susuan. Setelah itu mak susuan meninggal dunia dan atuk berkahwin lagi dengan nenek yang baru. Apakah status nenek tersebut, dikira nenek tiri(jadi mahram) untuk kami, atau tiada hubungan selepas atuk meninggal dunia? 

Dia jadi nenek tiri kepada kami atau tiada  dikira tiada hubungan dan boleh batal wudhu’ jika bersentuhan dengan cucu lelaki?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, status isteri datuk susuan adalah sama dengan isteri datuk secara nasab. Ini berdasarkan kepada hadis daripada Saidatina Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَإِنَّهُ يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعَةِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ

Maksudnya: Sesungguhnya menjadi mahram disebabkan susuan adalah sama seperti menjadi mahram disebabkan nasab.

Isteri datuk secara nasab adalah mahram berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Nisa' ayat 22:

وَلَا تَنْكِحُوا مَا نَكَحَ آبَاؤُكُمْ مِنَ النِّسَاءِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa-bapa kamu.

Yang dimaksudkan dengan 'isteri bapa-bapa kamu' di dalam ayat di atas adalah isteri-isteri bapa, datuk dan ke atas yang istilahkan sebagai usul. Berdasarkan dalil di atas, isteri datuk susuan adalah mahram dan beliau haram dinikahi secara kekal atau muharramah muabbadad walaupun selepas kematian datuk susuan atau jika berlaku penceraian antara mereka. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 134

message user image