BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya merupakan salah seorang AJK Pembinaan Masjid Baharu Al-Islahiah KM 28 Kuang. Buat masa ini kami sedang mengumpul dana untuk pembinaan masjid baharu Al-Islahiah.

Insya ALLAH, pembinaan akan dimulakan pada tahun 2024 sekiranya telah mendapat kebenaran merancang (KM) dari pihak Majlis Perbandaran Selayang.

Memandangkan masjid baharu akan dibina di atas masjid yang sedia-ada, maka pihak JAIS telah memberikan kebenaran untuk merobohkan bangunan masjid yang sedia-ada untuk membinan bangunan masjid baharu yang lebih besar supaya dapat menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah. Soalan.

1. Boleh ke sebahagian Dana yang telah dikutip digunakan untuk membayar kos merobohkan masjid lama?

2. Runtuhan masjid (batu-bata) dibuangkan sahaja atau perlu dijadikan sebahagian tapak masjid/jalan. Bangunan Masjid lama juga merupakan wakaf orang ramai.

3. Apa yang sebaiknya dilakukan kepada aset-aset masjid seperti penyaman udara, kipas, lampu, permaidani, pintu dan tingkap kaca dan sebagainya? Jangkaan siap bangunan baru dalam  tempoh 2 tahun.

4. Boleh ke Solat Jumaat dilakukan di dua tempat yang berlainan dalam kariah masjid yang sama. Buat masa ini Masjid Al-Islahiah merupakan tempat Solat Jumaat utk anak kariah Kg Cempedak dan Kg Damai. Di bawah Masjid Al-Islahiah ada 5 surau yang mana 4 buah surau di Kg Cempedak dan 1 buah surau di Kg Damai. 

Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

1. Harus menggunakan dana yang dikumpul atas tujuan membina masjid baru bagi urusan meruntuhkan masjid lama kerana ia merupakan salah satu proses pembinaan masjid baru.

2. Runtuhan masjid lama seperti batu bata tidak disyaratkan mesti digunakan semula sebagai tapak masjid. Walau bagaimanapun, penggunaan batu bata tersebut boleh digunakan sebagai tapak masjid berdasarkan kepada kesesuaian penggunaannya oleh pihak kontraktor pembinaan masjid.

3. Pihak masjid boleh memilih sama ada menyimpan peralatan masjid lama tersebut dengan baik untuk digunakan setelah masjid baru siap atau menjual peralatan tersebut dan hasil jualan dimasukkan ke dalam tabung dana pembinaan masjid.

4. Sebarang kebenaran solat Jumaat sama ada satu atau dua lokasi di dalam sesebuah kariah hendak dipohon kepada Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Selangor (JATUMS).

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 188

message user image