Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apa yang saya pernah belajar dahulu rukun solat
1. Niat
2. Qiyam atau berdiri betul
2. Takbirratul ihram
3. Al-fatihah
4. Rukuk
5. Sujud
6. Tahiyat akhir
Kalau solat fardhu @ sunat boleh ke buat yang rukun sahaja?
Macam rukuk tak baca "sub hanarabbial...'. Begitu juga sujud. Buat gerakkan sahaja
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتهالحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعدSemoga tuan sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan. Mazhab Shafi'i menetapkan rukun solat terdapat 13 rukun wajib yang mesti ditunaikan secara keseluruhannya. Rukun-rukun ini dibahagikan kepada tiga rukun utama iaitu Rukun Qalbi, Rukun Qauli dan Rukun Fi'li. Perinciannya adalah seperti berikut: 1) Rukun Qalbi (Rukun yang melibatkan hati)
2) Rukun Qauli (Rukun yang melibatkan perkataan)
3) Rukun Fi’li (Rukun yang melibatkan perbuatan)
Kesemua rukun di atas mestilah dilaksanakan dan tidak sah solat seseorang itu jika salah satu daripada rukun-rukunnya diabaikan. Tuma'ninah bermaksud diam seketika pada kadar membaca tasbih iaitu 'subhanallah' sebanyak satu kali dan menjadi salah satu syarat sah solat. Semua bacaan dalam rukuk, i'tidal sujud dan duduk antara dua sujud dan ucapan "sub hanarabbial...'' adalah sunat haiat, yang jika tidak dilakukan tidak perlu sujud sahwi dan tidak membatalkan solat. Walau bagaimanapun, bacaan tersebut membantu di dalam memastikan tuntutan kewajipan tuma'ninah di dalam setiap rukun-rujun itu dapat dilakukan dengan sempurna. Maka perbuatan meninggalkan tuma'ninah adalah ditegah kerana ia merupakan kesempurnaan yang terdapat dalam rukun rukuk dan sujud yang semestinya dilaksanakan. Hal ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ، فَكَبِّرْ ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ، ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِمًا، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ جَالِسًا، وَافْعَلْ ذَلِكَ فِي صَلَاتِكَ كُلِّهَاMaksudnya: Jika hendak solat, bertakbirlah, kemudian bacalah ayat-ayat Al-Quran yang mudah bagimu. Kemudian rukuklah hingga kamu benar-benar rukuk beserta tuma'ninah, kemudian bangunlah (dari rukuk) hingga kamu berdiri tegak. Selepas itu sujudlah kamu sehingga kamu benar-benar sujud beserta tuma'ninah, kemudian angkatlah (kepalamu) untuk duduk sehingga kamu benar-benar duduk beserta tuma'ninah (duduk antara dua sujud), kemudian sujud hingga kamu benar-benar sujud, kemudian lakukanlah seperti itu dalam sepanjang solat kamu. (Riwayat al-Bukhari). والله أعلم بالصواب |