BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum!

 

Masalah Aurat Wanita.

 

1. Apakah Kesamaan & Perbezaan HUKUM bagi wanita yang TIDAK menutup Aurat, bagi Wanita yang Hanya mendedahkan bahagian kepala sahaja, berbanding dengan wanita yang separuh bogel hanya menutup bahagian kemaluan sahaja?

 

 2. Apa hukumnya lelaki berambut panjang melebihi paras bahu, mengikat & tocang seperti perempuan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Persoalan berkaitan aurat  merupakan  isu yang sering disalah fahami oleh pelbagai pihak ekoran ketidak fahaman dan kegagalan memahami ilmu-ilmu agama itu sendiri. Dalam memperkata isu aurat, perlu difahami tentang batas-batas yang ditentukan, sarna ada dalam sembahyang atau dalam kehidupan biasa. Bahkan perbincangan tentang aurat dalam kehidupan biasa akan merangkumi pula keadaan yang bermacam-rnacam, seperti sewaktu berada seorang diri di ternpat tertutup atau di dalam gelap, di hadapan muhram, bersama perempuan muslim, bersama perempuan bukan Islam dan akhirnya di hadapan lelaki bukan muhrarn

1. Merujuk kepada persoalan tuan, persamaannya ialah kedua-duanya berdosa sebab tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak. Perbezaannya antara keduanya adalah, bagi yang hanya menutup bahagian kemaluan sahaja lebih besar dosanya berbanding dengan yang tidak menutup kepala sahaja. Ini adalah kerana fitnah serta kemudharatan yang hanya menutup bahagian kemaluan adalah lebih besar jika dibandingkan dengan yang tidak menutup kepala sahaja. 

Aurat wanita kepada lelaki ajnabi adalah seluruh tubuh badan melainkan muka dan tapak tangan. Jadi, sebagai seorang wanita yang beragama Islam wajib menutup auratnya secara sempurna seperti yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu pakaian yang longgar, tidak jarang dan labuh yang tidak boleh menampakkan kulit atau bentuk tubuh badan wanita.

2. Selain daripada itu, adalah haram bagi lelaki menyerupai wanita atau sebaliknya yang dikenali sebagai hukum tasyabbuh. Ia merupakan salah satu dosa besar di sisi syarak seperti yang dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW:

‌لَعَنَ ‌النَّبِيُّ ‌صَلَّى ‌اللَّهُ ‌عَلَيْهِ ‌وَسَلَّمَ ‌الْمُخَنَّثِينَ ‌مِنَ ‌الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنَ النِّسَاء

Maksudnya: Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.

Adapun begitu tidak menjadi kesalahan bagi lelaki untuk berambut panjang atau pendek selagi mana tidak bertujuan untuk menyerupai wanita. Rasulullah sendiri pernah berambut panjang dan pendek yang menunjukkan ia perbuatan yang dibenarkan.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 248

message user image