Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Baru² ni saya ada cuci kesan tanah di simen depan rumah. Saya jirus dengan air tetapi susah untuk tanggal, saya sental menggunakan selipar. Kemudian saya menggunakan selipar tersebut dalam keadaan basah menaiki kereta. Kemudian saya perasan di atas simen tu ada lagi kesan tanah lain, apabila saya cek ia berbentuk tapak kaki anjing. Saya pasti yang saya cuci pada awal mulanya bentuk yang sama. Perlu kah saya menyertu semua tempat yang saya pijak munggunakan selipar tersebut
Jawapan
Merujuk kepada permasaalahan yang diajukan, kesan tanah tapak kaki pada lantai yang diyakini adalah kesan tapak kaki anjing adalah wajib disertu pada pandangan muktamad mazhab Syafi'i. Sekiranya kesan tanah tapak kaki anjing itu hanya dibasuh menggunakan air dan kesan tanah tapak itu hilang, maka lantai itu menjadi besih akan tetapi lantai tersebut tidak suci selagi tidak disertu. Memandangkan kesan tanah tapak anjing itu telah tiada, maka lantai tadi tidak akan memindahkan najis. Hanyasanya lantai itu tidak suci dan tidak boleh digunakan untuk solat di atasnya sehingga ia disertu. Begitu juga halnya, selipar yang digunakan tadi semasa membasuh kesan tanah tapak kaki anjing tadi tidaklah menjadi bernajis.
Sekian, terima kasih.