Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, baru-baru ini timbul pergaduhan mengenai servis pemindahan Wang, adakah dikira sebagai riba' atau tidak? Sebagai contoh si A mengalami masalah pengeluaran wang dan menggunakan servis dari B. Telah dinyatakan dari awal servis ini akan dikenakan sebanyak RMX.00 dan dipersetujui oleh dua pihak, adakah ianya masih dikategorikan sebagai riba' kerana dua nilai Wang yang tidak sama walaupun telah ada persetujuan di antara penjual dan pembeli ?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Urusan pemindahan wang adalah satu perkhidmatan yang boleh mengenakan cas atau upah dan tidak timbul isu riba.
Walau bagaimanapun sekiranya pemindahan wang tersebut melibatkan pertukaran mata wang yang berbeza, maka pertukaran itu perlu dilakukan secara lani atau on the spot (yadan bi yadin).
Jika pertukaran mata wang itu melibatkan mata wang yang sama jenis, maka nilainya hendaklah sama (mathalan bi mathalin).
والله أعلم بالصواب