BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Apakah hukum sesaorang menjadi imam walhal dia berhutang. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Tiada masalah bagi seseorang yang berhutang untuk menjadi imam bahkan ia tidak menggugat sebarang hukum di dalam solat. Hal ini kerana ia hanya berkait rapat urusan peribadi sahaja yang seharusnya diselesaikan oleh dirinya.

Secara asasnya hukum berhutang adalah diharuskan. Apabila seseorang itu berhutang, maka disarankan untuk merekod hutang piutang kerana terdapat kewajipan untuk melunaskan segala hutang yang telah dilakukan. Hal ini berdasarkan Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 282:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar).

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 114

message user image