Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apa hukumnya suami isteri menyewa bilik/tinggal dalam bilik dalam rumah yang turut didiami oleh bukan mahram lain? Di Shah Alam pada masa inj banyak iklan/permintaan bilik sewa kepada/untuk pasangan suami/isteri. Apa pula hukum tuan rumah yang membenarkan pasangan suami/isteri menyewa bilik tersebut. Terima kasih. Assalamualaikum.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, tidak menjadi kesalahan kepada tuan rumah untuk menyewakan rumahnya, Yang perlu dijaga adalah batas pergaulan dan aurat antara penyewa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.