BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt, saya baru sahaja bercerai talak 3 (bain) dengan isteri disebabkan dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Sebelum bercerai kami bermaafan kerana saya sayangkan dia tetapi kami tidak bersefahaman lagi untuk terus kan hidup bersama. Saya ada nasihatkan dia bahawa perbuatan dia adalah dosa besar dan di laknat Allah swt, dia bertaubat dan insaf katanya. Beberapa hari selepas bercerai saya lihat di status FB nya dia telah up load gambarnya yg jelas bermake up dan kelihatan gembira. Apakah hukumnya kerana dia masih dalam eddah. Saya juga tahu yang dia masih berwhatsap dgn teman lelakinya itu. Apakah hukumnya kerana dia masih dalam eddah? Saya kasihan padanya kalau dia berdosa. Terima kasih.

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Para ulama bersepakat bahawa setiap wanita yang beridah sama ada dalam tempoh idah talak raj'i, idah talak ba’in atau idah kematian suami adalah dilarang untuk melakukan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
  2. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
  3. Tidak dibenarkan keluar rumah.
  4. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. 

Adapun hukum larangan berhias (iaitu berihdad atau berkabung) ketika dalam idah menurut mazhab Syafi’i, adalah diwajibkan kepada wanita yang kematian suaminya selama empat bulan 10 hari. 

Manakala hukum berihdad bagi wanita di dalam idah talak ba’in sama ada melalui kaedah khulu’, fasakh, atau talak tiga adalah sunat. Mereka diharuskan berhias dengan syarat perhiasan tersebut tidak menjerumuskan dirinya kepada kerosakan.

Begitu juga sama hukumnya bagi wanita di dalam idah talak raj'i iaitu mereka disunatkan berihdad sekiranya tanggapannya kuat bahawa bekas suami tidak akan kembali rujuk kepadanya. Ini bermakna dia harus berhias sekiranya beranggapan bahawa suaminya berkemungkinan akan merujuknya kembali.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 143

message user image