Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Sah kah umrah badal untuk orang yang telah meninggal dunia tetapi si mati pernah menunaikan umrah semasa hidup?
Jawapan
Ibadat umrah wajib untuk dikerjakan sekali seumur hidup bagi orang yang berkemampuan mengikut pendapat yang muktamad dalam mazhab al-Syafi’i. Antara syarat yang mewajibkan seseorang untuk menunaikan haji ialah kemampuan. Kemampuan di sisi mazhab Syafi’i terbahagi kepada dua:
Mengenai menggantikan (badal) haji atau umrah yang fardu bagi orang lain, ulama mazhab Syafi’i tidak membenarkan melainkan bagi beberapa golongan:
Hal ini berdasarkan sebuah hadis:
Maksudnya: Seorang wanita dari kabilah Khas’am datang kepada Baginda pada tahun haji wada’ lalu berkata: Ya Rasulullah sesungguhnya ayahku telah diwajibkan untuk mengerjakan haji sedangkan dia dalam keadaan tua dan tidak mampu untuk duduk tegak di atas kenderaannya, bolehkah aku menunaikan haji untuknya? Nabi SAW menjawab: Ya (boleh). (Riwayat al-Bukhari)
Oleh yang demikian, sekiranya si mati telah pernah mengerjakan umrah semasa hidupnya, maka tidak menjadi wajib menggantikan atau badal umrah untuk si mati tersebut, namun tiada halangan dari segi syara untuk melakukan badal umrah bagi seseorang yang telah meninggal dunia yang pernah menunaikan umrah semasa hidupnya. Hukumnya adalah harus dan sah
.