Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Tajuk..nikah gantung
Saya ingin nikah gantung dengan pasangan saya anggaran selama 3-4 bulan...alasan sebab selalu keluar bersama jadi kami takut terjadinya maksiat @ bual mulut orang dalam masa kami tengah bertunang.
Saya ingin bertanya tentang hukum nikah gantung @ nikah khitbah..apakah syarat nikah gantung,bila terbatalnya nikah gantung,adakah nikah gantung sama seperti nikah biasa (batas aurat,halal bersentuhan dan bersama),dan nafkah..
Mohon pencerahan dari jabatan mufti selangor
Sekian terima kasih..
Jawapan
Nikah gantung atau nikah khitbah adalah sama dengan nikah biasa yang mengikut hukum dan undang-undang Islam, iaitu cukup rukun dan syarat sah nikah serta mengikut prosedur perkahwinan. Diistilahkan dengan nikah gantung kerana pasangan suami isteri tidak tinggal serumah dalam tempoh masa tertentu dengan persetujuan bersama kedua-dua pihak. Namun, mereka sah dan halal melayari kehidupan berumahtangga tanpa batasan aurat, halal bersentuhan, bersama dan memberi nafkah.
Bagi pasangan yang ingin bernikah boleh membuat permohonan pernikahan melalui Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengannya.