BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Askum. Saya seorang ibu tunggal berusia 29 tahun dan mempunyai 2 orang anak perempuan yang berumur 12 dan 8 tahun. Kedua2 nya adalah anak di luar nikah. Anak pertama namanya di daftarkan tanpa binti sama seperti anak2 luar nikah yang lain. Saya berkahwin setahun sahaja dan bercerai dgn suami. Saya mengakui saya tersilap dan saya menyesal atas perbuatan saya dahulu melakukan kesilapan bersetubuh dengan bekas suami tanpa rujuk semula dan sehingga melahirkn seorang bayi perempuan iaitu anak kedua saya dan saya risau memikirkan masa depan anak saya nanti. Tetapi anak kedua saya berbintikan bekas suami saya kerana saya menggunakan sijil nikah saya yang saya belum serahkan pada pihak jawi lagi pada masa itu. Sedangkn pada masa itu kami tidak pernah rujuk. Boleh ke anak saya itu berbintikan bekas suami saya itu? Saya bingung bila memikirkannya. Adakah saya perlu perbetulkan kesilapan yang saya lakukan itu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, menurut mazhab Syafie, syarat rujuk adalah lafaz/ perkataan yang membawa maksud untuk rujuk secara soreh (jelas) atau kinayah (kiasan) seperti : “aku rujuk kamu”, “aku telah mengembalikanmu”. Berdasarkan situasi puan, persetubuhan yang berlaku dalam tempoh iddah menurut mazhab Syafie adalah haram. Anak hasil persetubuhan tersebut sama tarafnya dengan anak tak sah taraf hasil dari persetubuhan sebelum pernikahan yang sah. Benar. puan perlu berterus terang yang membetulkan semula apa-apa yang berlaku sebelum ini khususnya dokumen pendaftaran perceraian puan dengan bekas suami, begitu juga dengan dokumen kelahiran anak. Sebaiknya hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) supaya permasalahan ini dapat diselesaikan dan tidak berpanjangan dikemudian hari. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 214

message user image