BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum dato'saya menerima whatapps daripada rakan saya seperti berikut : " mengikut kitab nihayatuz zain, siapa buat solat hajat 12 rakaat dan 6 salam, pada malam jumaat di tengah bulan penuh, inshaaAllah hajatnya akan dimakbulkan" "Cara solat hajat mengikut Almarhum TG Hj Saleh Sik, Buat 4 Rakaat 2 Salam Rakaat 1, al-ikhlas 10 kali Rakaat 2, al-ikhlas 20 kali Rakaat 3, al-ikhlas 30 kali Rakaat 4, al-ikhlas 40 kali "Jumlah 100x surah al-ikhlas. Adapun bagi solat hajat seerti ini tiada ditetapkan hari dan masa, maka boleh dilakukan pada bila2 masa" Soalan saya, benarkan ilmu yang disampaikan ini dan boleh dapatkan sumber yang sahih? Saya agak keliru dengan penyataan ini.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, mendirikan sembahyang adalah antara sebaik-baik jalan untuk meminta pertolongan daripada Allah SWT selain sifat sabar. Ini kerana dalam sembahyang itu terkumpul berbagai-bagai bentuk ibadah rohani dan jasmani iaitu: kebersihan, menutup aurat, menghadap kiblat, ikhlas, membaca al-Quran, mengucap syahadah, selawat ke atas Nabi SAW dan banyak lagi. Firman Allah SWT : Maksudnya : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;” (al-Baqarah : 45) Solat sunat hajat dilakukan dengan pelbagai cara atau kaedah dan ia boleh didirikan antara 2 rakaat atau lebih. Namun, terpulang kepada diri masing-masing untuk mendirikannya sebanyak beberapa pun pada satu-satu masa, tiada had maksimum. Justeru tidak bersalahan untuk mengamalkan cara solat hajat mengikut Almarhum Tuan Guru Haji Salleh Sik tersebut. Ini kerana ia tidak bercanggah dengan kaifiyat solat sunat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 87

message user image