BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya mempunyai jiran selang beberapa buah rumah dari rumah saya.

Suami saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan jiran ini ( lelaki ). Tidak dinafikan kami saling bantu membantu dalam keadaaan yang memerlukan. ( give & take) 

Jiran saya pernah meminjam kereta saya beberapa kali dimulai dengan sehari dua /seminggu dan baru-baru ini meminjam selama sebulan atas alasan keretanya rosak. 

Suami pula jenis yang baik hati dan sentiasa memberikan kereta itu untuk dipinjam apabila diminta oleh jiran. Untuk pengetahuan kereta ini didaftarkan atas nama saya dan kos maintenance di kongsi bersama saya dan suami (loan dan bayaran kereta oleh saya).Ini adalah kereta lama saya dan kini saya sudah 2 tahun menggunakan kereta baru.Kereta ini jarang2 saya gunakan.

Saya sedar hak jiran yang perlu dibantu ketika berada dalam kesusahan. Cuma baru-baru ini bila jiran meminjam kereta saya selama sebulan saya mula rasa tidak selesa kerana terlalu lama. Jiran saya ini mempunyai dua buah kereta ( yang masuk bengkel hanya satu kereta). Kereta yang satu lagi masih ada dan masih digunakan.

Ketika jiran meminjam kereta saya, suami tidak bertanya apa-apa dan seolah-olah memberikan jiran menggunakan sehingga masalah selesai ( no time frame)

Saya mempersoalkan kenapa kereta itu dipinjam begitu lama dan kenapa perlu meminjam kereta kami sedangkan dia mempunyai kereta lain yang masih boleh digunakan. Jawapan suami sebab digunakan oleh samada isteri atau jiran itu sendiri ke tempat kerja (dua2 bekerja)

Selepas sebulan saya minta suami mengambil semula kereta tersebut kerana perasan kereta itu tidak bergerak ( sy syak ada kerosakan) dan berada dlm kompaun rumah jiran selama seminggu ( dlm tempoh sebulan. Semasa dlm perjalanan ke bengkel kereta itu mati di tengah jalan. ( rosak). Selepas dihantar ke bengkel kos pembaikan adalah sebanyak RM500+ (dibayar oleh jiran). Jiran bersama2 suami ke bengkel dan uruskan kereta juga.

Selepas seminggu kereta siap, kereta jiran rosak semula dan dia meminjam semula kereta kami. Kereta jiran yang satu lagi masih ada dan tidak pasti sama ada boleh digunakan atau tidak.Bila saya bertanya suami hanya menjawab tidak tahu.

Saya bertengkar dengan suami kerana saya rasa tidak selesa memberi jiran meminjam kereta kami itu setiap kali keretanya rosak. Suami menyebelahi jiran dan mengatakan jiran ini sangat baik dan tidak pernah berkira dengan dia.Saya mempertikaikan keadaan kereta jiran yang sedia ada dan kenapa dia tidak menggunakan kereta nya yg sedia ada dan perlu meminjam kereta kami.Dalam masa sebulan itu juga saya selalu persan kereta saya ini tidak berada di rumah jiran sehingga lewat malam 10pm/11pm. Bila saya bertanya pada suami kemana kereta itu digunakan -jawapan nya tidak tahu. Saya rasa tidak selesa kerana saya tidak mahu jiran ini mengambil kesempatan atas kebaikan suami saya ( suami mmg kerap orang ambil kesempatan kerana sikap nya yang selalu bersangka baik pada orang) dan menggunakan kereta saya itu untuk urusan kerja nya sehingga lewat malam sedangkan kereta jiran yang satu lagi berada di rumahnya.

Soalan : Adakah saya berdosa kerana mengingatkan suami supaya baik berpada-pada? Adakah saya akan di persoalkan nanti kerana tidak membantu jiran dalam kesusahan? Suami menegaskan daripada kereta itu tidak dipakai baik kereta itu digunakan oleh jiran untuk dimanfaatkan dan mendapat pahala atas membantu jiran ketika memerlukan. ( pendapat saya jiran perlu mencari alternatif lain untuk menguruskan aktiviti harian dia /isteri /anak dan menyelesaikan masalah kereta nya yang sentiasa rosak). Adakah ini hak jiran yang saya perlu penuhi? Saya berasa tidak selesa kerana saya memakai kereta itu selama 14 tahun (macam2 masalah kereta yg sama - masalah engine /aircond rosak berkali2/ kereta mati di tengah jalan dan pernah berada dalam keadaan yang susah ketika kereta saya rosak berkali2 tetapi saya tidak pernah meminjam kereta org lain selama sebulan dengan alasan kereta rosak.Adakah saya berdosa dengan niat menjaga kebajikan suami untuk mengelak kan isu ambil kesempatan ini? Adakah saya berdosa jika saya ingin mengambil semula kereta tersebut dengan niat tidak mahu orang menggunakan harta saya sewenang-wenangnya dan bila- bila masa yang dirasakan perlu seolah-olah saya berkongsi kereta itu dengan jiran ( profit sharing ) disebabkan oleh kos yang ditanggung oleh jiran tadi?

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan; memang tidak dinafikan Islam sangat menekan hubungan kejiranan dengan menggalakkan seseorang mukmin untuk mengambil perhatian dan membantu jiran sebaik mungkin. Bagi jiran Islam mereka mempunyai dua hak, iaitu hak sebagai jiran dan hak sesama Islam.

Dalam melaksanakan hak kejiranan ini, memberi bantuan kepada jiran dalam kesulitan adalah suatu kewajipan. Namun pertolongan tersebut hendaklah mengikut kemampuan sehingga tidak membebankan diri. Jika terdapat sesuatu yang tidak menyenang daripada perbuatan jiran atas pertolongan yang dihulurkan tidak menjadi dosa sekiranya mengambil pendekatan berhati-hati supaya tidak diambil kesempatan oleh pihak tertentu. Malah, dalam menyingkapi permasalahan ini, tindakan penuh hikmah dan perbincangan antara suami dan isteri untuk mencari jalan terbaik perlu dilakukan supaya dapat membantu jiran dalam masa yang sama tidak mengorban keperluan keluarga sendiri dan tidak berlaku ketidakpuasan hati dan pergaduhan dalam keluarga.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya. Amin

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 193

message user image