BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Sejak kecil lagi saya dibesarkan oleh keluarga angkat saya. Setelah dewasa saya bercinta dengan seorang lelaki selama 10 tahun tanpa pengetahuan keluarga angkat saya. Mereka cuma mengetahui lelaki terbabit adalah rakan baik saya sahaja. Kemudiannya saya telah berpisah dengan lelaki terbabit. 

Keluarga angkat saya ingin saya bernikah dengan lelaki lain yang menjadi pilihan mereka. Saya rasa seperti dipaksa dan saya cuba berdolak dalik namun gagal. Saya tidak menyatakan hasrat saya yang tidak setuju dengan jelas. Saya cuma meminta pernikahan kami ditangguhkan setiap kali keluarga angkat atau pihak lelaki memberi tarikh baru. Kini setelah 4 tahun usia pernikahan saya dan suami, saya ikhlas menerima suami dan redha dengan pernikahan ini.

Soalan saya, adakah sah pernikahan saya? Kerana pada awal pernikahan dan perkahwinan saya rasa seperti dipaksa? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam Islam, paksaan yang boleh menjejaskan syarat suka sama suka dan membatalkan akad adalah yang mengandungi unsur ancaman atau ugutan (ikroh tam). Oleh itu, para ulama telah meletakkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan kita mendakwa sesuatu perkara yang kita lakukan itu adalah secara paksaan. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

   a) Orang yang memaksa hendaklah mampu melaksanakan ugutan atau ancaman yang dibuat;

   b) Orang yang dipaksa ada sangkaan tinggi bahawa orang yang memaksa tersebut mampu melaksanakan ancaman atau ugutannya sekiranya dia enggan menurut perintahnya dan dia pula tidak mampu menghalangnya daripada melaksanakan ugutan atau ancaman tersebut;

   c) Ancaman atau ugutan yang dibuat oleh orang yang memaksa itu melibatkan keselamatan ke atas nyawa, anggota dan harta.

Walau bagaimanapun, seandainya orang yang dipaksa itu redha, maka akad tersebut tetap sah.

Merujuk kepada situasi puan, seandainya puan hanya merasakan puan seperti dipaksa sedangkan tiada ugutan atau ancaman nyata yang melibatkan nyawa atau keselamatan diri, maka ia tidak menjejaskan akad yang dilakukan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 173

message user image