Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
ASSALAMUALAIKUM, SAYA NAK BERTANYA
DUIT SEDEKAH SI MATI BOLEH KE TIDAK BUAT KENDURI TAHLIL?.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Jika yang dimaksudkan dengan 'duit sedekah si mati' adalah duit milik arwah yang telah dikhususkan untuk sedekah sebelum meninggal dunia maka ia perlu disedekahkan sesuai dengan niat si mati. Namun jika yang dimaksudkan dengan 'duit sedekah si mati' adalah duit yang diterima hasil pemberian tetamu yang datang ziarah, maka duit tersebut bukanlah harta peninggalan si mati dan tidak perlu difaraidkan. Duit tersebut dikira sebagai sedekah atau hadiah kepada keluarga yang menguruskan pengebumiaan si mati dan terpulang kepada ahli waris tentang kaedah untuk memanfaatkan sebaiknya pemberian duit tersebut.
Sekian, terima kasih.