BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Soalan: Apakah hukum bermain game di mana syarikat game itu menyokong LGBT? Walaupun saya tidak berniat dan tidak reda untuk menyokong kempen LGBT yang dibuat syarikat game itu sendiri.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Hukum asal bermain game atau mana-mana permainan elektronik adalah diharuskan. Ini berpandukan kaedah fiqah yang menyatakan:

الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم

Maksudnya: Hukum asal sesuatu perkara adalah diharuskan, sehingga datang dalil (yang menunjukkan) pengharamannya.

Namun, sesuatu permainan boleh menjadi haram, sekiranya permainan tersebut mempunyai unsur atau perkara yang membawa pengharaman seperti:

  1. Mengandungi perkara maksiat.
  2. Menyumbang kepada syiar, pengembangan atau mempromosi agama lain.
  3. Mempunyai unsur perjudian dan khianat.
  4. Mengabaikan tanggungjawab terhadap perkara yang diwajibkan.
  5. Faktor ketagihan yang melampau.
  6. Hilang fokus terhadap realiti dan masyarakat sekeliling.
  7. Mendatangkan kemudharatan/ bahaya terhadap tubuh badan dan kesihatan kepada diri atau orang lain.
  8. Menghilangkan akhlak sebagai seorang Muslim.
  9. Mengganggu ketenteraman orang lain.

Ini berdasarkan kepada kaedah fiqhiyah :

ما أدى إلى الحرام فهو حرام

Maksudnya: Sesuatu perkara yang membawa kepada yang haram, maka perkara tersebut hukumnya adalah haram.

Merujuk pada persoalan saudara, hukum bermain game di syarikat game yang terkenal atau jelas menyokong LGBT adalah haram kerana seseorang Muslim terlibat secara langsung atau tidak langsung yang membantu atau menggalakkan dalam perkara maksiat. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 2:

ۚوَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Adalah dinasihatkan supaya mencari alternatif lain sebagai contoh bermain game di syarikat yang tidak menyokong perkara-perkara haram tersebut. Perkara ini juga dilihat sebagai suatu usaha dan berhati-hati agar diri tidak terjerumus dalam perkara maksiat yang diharamkan dalam agama Islam. Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya. Amin

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 171

message user image